MAKLUMAN

Dimaklumkan bahawa mana-mana pelajar yang tidak membalut buku teks dan meninggalkan buku teks mereka di dalam meja/laci, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Tindakan yang diambil adalah seperti berikut :-

1. Pelajar diberi amaran
2. Pelajar dikehendaki membayar denda RM1.00 (Satu Ringgit) untuk setiap buku teks yang dirampas.
3. Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut pada akhir tahun nanti, pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.

Peraturan berkuatkuasa pada 5 Mac 2014.

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT

1. Pelajar mesti menulis nama, tahun dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
2. Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik lutsinar sahaja.
3. Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di tempat awam lain. Buku tersebut akan dirampas.
4. Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan muka surat buku. Jangan rosakkan barkod buku.
5. Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.
6. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun tidak akan menerima buku untuk tahun berikutnya dan wajib menggantinya dengan buku.
7. Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran kedua diberi.